Friday 4 February 2011

AKTIVITI BULAN MEI

1.SUKANDIDIK TABIKA PERPADUAN

15/05/2011(Ahad),
Pihak Jabatan Perpadauan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim/ B. Baharu telah menganjurkan Sukandidik Tabika Perpaduan di daerah ini, 21 kelas tabika perpaduan telah mengambil bahagian. Tujuan aktivti ini adalah untuk  melahirkan genarasi yang sihat dan  seimbang dari segi JERIS. Disamping itu juga dapat memupuk semangat kesukanan dan kerjasama diantara rakan sebaya. KTP Taman Perak telah digandingkan dengan KTP Taman Sejahtera dengan nama pasukan" CERDAS".







2. Majlis Sambutan Hari-hari Istimewa

22/05/2011(Ahad)
Majlis Sambutan Hari-hari Istimewa julung kalinya diadakan Kelas Tabika Perpaduan Taman Perak tahun ini.  Aktiviti ini bertujuan untuk memperingati hari-hari istimewa yang disambut  setiap  tahun  oleh  masyarakat  Malaysia seperti  Hari Ibu,  Hari Bapa, Hari Lahir dan  Hari Guru.  Dengan aktiviti ini juga  dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti  kasih sayang, hormat-menghormati dan menghargai  jasa  dan pengorbanan  ibubapa  dan  guru. Antara Aktivti yang diadakan ialah:

  •        Sambutan Hari Ibu
  • Sambutan Hari Bapa
  • Sambutan Hari Guru
  • Sambutan Hari Lahir Murid
  • Meraikan Persaraan Cikgu Chandramani
  • Persembahan Koir
  • Persembahan Deklamasi Sajak
  • Pertandingan menghias balang hadiah
  • Acara memotong kek