Friday, 4 March 2011

                                   AKTIVITI BULAN JUN


PROGRAM MALAM SI KUNANG-KUNANG
25~26/06/2011(Sabtu ~ Ahad)
Syukur kepada Tuhan kerana pada hari ini kita mencipta satu lagi sejarah dalam program tabika dimana buat julung kalinya semua Kelas Tabika Perpaduan di Negeri Kedah yang berjumlah sebanyak 102 kelas, bersama-sama secara serentak menganjurkan satu program yang sama tapi di tabika masing-masing iaitu "Program Malam Si Kunang-kunang". Di mana pada malam ini semua anak-anak tabika akan bersama dengan guru dan penolong guru serta ahli JPTP akan menjalankan aktiviti sepanjang hari, bermula pada petang ini hinnga ke malam dan akan bersurai pada jam 11.30 pagi esok. Ini bermakna buat pertama kalinya anak-anak tabika akan bermalam bersama kawan-kawan mereka di Kelas tabika Perpaduan masing-masing.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni iaitu nilai keyakinan diri, nilai persaudaraan dan bekerjasama. kita mahu anak-anak kita merasa satu suasana kelainan bila tiba waktu malam, dimana mereka akan diberi peluang beraktiviti dan berinteraksi dalam satu suasana yang agak berbeza. mereka akan mandi, makan, bermain dan tidur bersama-sama kawan-kawan sekelas dan ini diharapkan akan dapat meningkat lagi keyakinan diri mereka

Program ini juga , disusuli dengan aktiviti-aktiviti tersendiri di setiap kelas pada waktu malam akan memberi kelainan dan satu kreativiti indah yang akan diingati oleh anak-anak kita bila mereka dewasa. Suasana sebegini kita kita tidak dapat pernah rasa di zaman kanak-kanak dahulu. Justeru itu, peluang yang tuan puan beri kepada anak-anak jagaan tuan puan amatlah bermakna dan bagi pihak Jabatan saya mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih.- petikan ucapan Tuan pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Penolong Pegawai Perpaduan Kanan En. Mohd. Noor bin Daud dan isteri kerana  sudi hadir ke kelas Tabika Perpaduan Taman Perak dan seterusnya menyempunakan perasmian pembukaan program " Malam Si kunang-kunang". Jutaan terima kasih juga diucapkan Naib pengerusi KRT En. Saad bin Din, ibubapa, waris, penjaga dan juga anak-anak KTP Taman Perak bagi menjagakan program ini.  Antara  aktiviti-aktiviti yang dijalankan:       


Ucapan aluan oleh  Naib Pengerusi KRT En. Saad bin Din.
Ucapan Perasmian oleh PPD JPNIN  En. Mohd Noor bin Daud.

Antara  Waris yang hadir.

Aktiviti Kumpulan- Kreativiti menghias nama kumpulan

kerjasama daripada waris

Hasil tugasan kumpulan "Kunang Hijau"

Hasil Tugasan " Kunang Merah"

Slot Pendidikan Moral

Permaianan " kunang bersatu"

Khusyuk mendengar " kunang berteka-teki."
Add caption

Mendengar  arahan "Kunang kata"

Bersenam memanaskan badan sebelum " Larian Si Kunang-kunang".

Bersedia untuk larian

Para waris yang turut sertai larian si kunang-kunang.

En. Mizan sebagai pengiring larian tersebut.